CARIKETENANGAN.COM

TRAVEL LIKE AN ISLAND BOY

⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

4.9 Verified Reviews

Selalu tengok orang bercuti dan spend duit macam tak ada hari esok? Tak perlu spend banyak, buat cara kita. Percutian paling gempak, berbaloi dan nampak mahal.

Gerenti tak boleh move on!

TOURS

Terokai Pulau Perhentian bersama anak jati besut dan nikmati percutian anda ditempat yang hanya dikunjung oleh penduduk tempatan.

Diving cari penyu bawah laut. Banyak hidupan laut yang korang tak pernah nampak pun ada.

Singgah masjid terapung memang terasa tenang. Sambil-sambil korang nak tunggu matahari turun, boleh minum kopi tepi laut.

Pengalaman diving paling power korang akan rasa adalah bila korang dive dekat pulau rahsia ni.

Kenapa pergi dengan kami?

Harga affordable untuk trip 3 hari

Pengalaman paling rare untuk korang

Team kami expert dengan skill & original orang pulau

What’s In Your Trip?

Day 1

Setibanya Di Jeti Kuala Besut, Anda Akan Dilayan Oleh Amir, Pengiring Yang Hensem.

Perjalanan Dari Jeti Kuala Besut Ke Pulau Perhentian Mengambil Masa Kurang Lebih 35minit. Amir Akan Pastikan Pemilihan Boat Adalah Sesuai Dengan Pakej Yg Diambil.

Dah Sampai Pulau Perhentian, Tak Perlu Beratur Untuk Check in, Luggage2 Pun Jangan Fikir, Amir Dah Uruskan, Jangan Bazir Energy, Kita Datang Nak Holiday.

Petang tu Free & Easy, Nasihat Amir, Korang Boleh Jalan2 Makan Angin Dibatas Pasir Panjang, Sambil2 Eratkan Hubungan Anak2, Korang Boleh Tingkatkan Creativity Korang Buat Istana Pasir, Kali Ni Lain Dari Yang Lain, Sebab Pasir Dia Ala2 Maldives!

Day 2

Korang Dah Ready Ke ? Sabar... Isi Perut Dulu, Buffet Breakfast Dah Tersedia. Makan Kenyang2, Harini Kita Nak All Out !

Selang Beberapa Minit, Private Boat Akan Datang Pickup Kita ! Macam Biasa, Misi Dan Visi Kami Untuk Pastikan Korang Tak Berserabut Dengan Orang Ramai.

1st Check Point Kita Adalah Terjah Coral !
Amir Akan Standby Roti,Bagi Ribuan Ikan2 Comel Cium Tangan Korang. Sambil2 Tu, Kita Cuba Kejutkan Penyu Yang Sedang Tidur ! Barulah Rare !

Dah penat snorkelling tu,mesti lapar kan ? Jangan risau, amir tak kan bagi korang lapar punya. Jom kita cari tempat lunch yang paling padu di pulau perhentian ! Refill balik energy untuk kita sambung next activity.

Semua ada 5 Check Points, Kalau Saya Cerita Semua, Tak Surprise Lah Pula. Ohh ya, Kalau Hari Jumaat, Kita Akan Singgah Ke Masjid Terapung, Happy2 Juga.Tanggungjawab Jangan Dilupa.

Kita Terus Ke Petang Untuk Sunset View, Time Ni Syurga Untuk Peminat Kopi! Angin Pantai + View Sunsets ! Starbucks Pun Kalah Macam Ni !

Esok Kita Dah Nak Balik, Layan NightLife Bersama Jom ! Kita Buat Cara Kita. Fireshow Yang Memukau Akan Buat Korang Ternganga ! Customer Lama2 Pun Masih Contact Amir, Rindu Katanya. Sebab Amir Teman Dorang Mcm Kawan Lama.

Day 3

Jom Balik ! Kita Dah Penat Bersuka Ria. Sambil Makan Angin Atas Boat,
Korang Boleh La Fikir Idea2 Untuk Kembangkan Business Korang Tu.
Jiwa Fresh, Baru Semangat Nak Masuk Kerja Kan?

Sebelum Berpisah, Amir Nak Belanja Korang Makan Kedai Favourite Dia Dulu. Bagi Korang Tak Boleh Move On !

HARGA PAKEJ KAMI

Review dari bos-bos

Ustaz Farhan & Sahabat

53, Malaysia
5/5

TERBAIK AMIR ! Ustaz sangat berterima kasih dengan servis amir. Amir sangat mengambil kira status dan umur seseorang. TQ jugak sebab belanja ustaz kopi

Pengalaman yang takkan korang lupakan

Untuk pastikan korang sentiasa rasa special, kami akan sentiasa berikan kejutan dari segi pengalaman, tempat-tempat yang akan dituju dan tak lupa juga makanan yang sedap-sedap!

Servis terbaik

Servis kami sentiasa top notch supaya anda terus rasa selamat

Tempat selesa & bersih

Keselesaan sangat penting untuk anda terus tenang

Pengalaman power

Anda tak akan pulang dengan tangan kosong & boring

Soalan-soalan yang
selalu ditanya

Pulau Perhentian Berada Di Daerah Besut,Terengganu. Dimana Tempat Ini Famous Dengan Masakan Kampung Yang Power2

Tiada Charge Tambahan Tersembunyi. Apa Yang Anda Spend, Itu Yang Anda Dapat.

Boleh Dan Sangat Dialu-alukan, Whatsapp Admin Terlebih Dahulu Untuk Claim Lebih Banyak Discount.

Jika Anda Tak Ambil Airport Transfer,Kita Jumpa Di Jeti Kuala Besut. Jika Sebaliknya, Vip Airport Transfer Dah Tunggu Anda Di Airport Kota Bharu.

Jangan Risau, Pihak Pengiring Akan Whatsapp Anda Terlebih Dahulu Sebelum Tarikh Penginapan Bagi Memudahkan Segala Urusan Anda. 

Cuma jaga diri dan biar kami bawa korang ke tempat rare dengan tenang.

Direka dengan Pekedai - Tema Wordpress Premium